Monday 23 September 2013

Destinasi Honeymoon...




Kami memilih Thailand sebagai destinasi honeymoon kami memandangkan kami juga bernikah disini..Masa empat hari ni kami abiskan saje di sekitar Hatyai dan Songkla, Thailand.




After Edit gambar nanti baru saya updatenye..sebagai kenangan untuk dikenang selamanye..Ini antara destinasi yang kami pergi sepanjang berada disane.


.


Gambar-gambar ni bukan dari gambar yang kami ambik sendiri tapi gambar yang saya ambik dari internet untuk cuci mata je..hehehehe..Nanti saya update gambar yang diambil sendiri k..








Kalo nak tahu masa kitaorg pergi ice dom ni kitaorg kene tinggal ngan orang yang bawak kami ke sini..Kitaorg bayar dia ngan duit 1k Bath untuk pergi berjalan-jalan sekitar hatyai dan songkla.




Disebabkan masa yang terlalu lama kami ambil untuk ke ice dom ni, dia tinggalkan kami..terpaksa kami balik dengan menyewa tung tung lain..Satu pengalaman yang paling best..Terpaksa jalan kaki ke jalan besar yang jaraknye jauh gakla untuk mencari tung tung lain untuk balik kehotel..









Pernikahan Cik Lara Hati ngan En Hitam Menawan





28 May 2013...Satu tarikh keramat bagiku..keputusan yang ku buat tanpa berfikir panjang..Keluarga diketepikan..Tiada siapa pun tahu yang Cik Lara Hati telah bernikah dengan En Hitam Menawan. Pernikahan terpaksa dirahsiakan..niat baik untuk menghalalkan ape yang haram tetapi kami tetap berdosa kerana mengetepikan keluarga kedua2 pihak dan hanya bersaksikan orang luar yang aku sendiri tidak kenali..











Aku sendiri tidak pasti bahawa pernikahan ni adalah satu permulaan kebahagian buat ku atau ia sekadar satu titik permulaan derita dalam hidupku....



Thursday 21 February 2013

Cik Lara Hati.....

Cik Lara Hati mempunyai seorang kekasih yang mula dikenali sejak 2011 lagi....Cik Lara Hati gelarkan dia sebagai Encik Hitam Menawan..Cik Lara Hati mula tertarik dengannya sejak pertemuan pertama lagi apabila Cik Lara Hati mendapat kucupan dahi dari seorang lelaki..



Hati amat2 dapat merasakan kebahgian yang tidak pernah dirasai selama ini..Disebabkan tanda kebahgiaan itu Cik Lara Hati amat tertarik padanya..Sejak itu Cik Lara Hati menjadi sepasang kekasih yang amat bahgia dengan Encik Hitam Menawan..


Encik Hitam Menawan....I Love You

Bermula detik itu Cik Lara Hati dapat merasakan hidupnya sempurna...Tetapi bak kata orang semakin lama kita mengenali seseorang semakin banyakla baik buruknya yang kita rasa...Cik Lara Hati sokong pendapat tu...Bahgia yang dirasa bersama Encik Hitam Menawan hanyala seketika..Cik Lara Hati sering tak sependapat dengannya..Seringkali apa yang dibincangkan tiada penyelesaian kerana sikap ego Encik Hitam Menawan yang tak akan menerima pendapat atau cadangan atau yang seangkatan dengannya la daripada orang lain..Bak kata orang tua2.."kalo putih katanya maka putihla ia walaupun ada orang yang cuba untuk menukarkannya menjadi biru.."hehehehe...susahkan dapat kekasih seperti Encik Hitam Menawan ni... Tapi Cik Lara Hati tetap cuba menerima baik buruk Encik Hitam Menawan ni..Jika Cik Lara Hati rasa apa yang dibincangkan mula dalam keadaan suhu yang paling panas, Cik Lara Hati akan mengalah untuk menyejukkan     keadaan dengan menerima pendapat Encik Hitam Menawan walaupun pendapat itu kurang betulnya.. Maka akhirnya Cik Lara Hati akan memendam segalanya di dalam lubuk hati..Nak tahu sebab apa??????


Sepasang Kekasih yang sempurna................


Sebab Cik Lara Hati tersangatla sayang padanya..Kerana dengan dia sajalah Cik Lara Hati dapat merasai kasih sayang yang sering didambar dari kecik dari sebuah keluarga.....


Cik Lara Hati...

Bagaimana rasanya hati seorang wanita bila dikecewakan????



airmata kasih sayang yang mengalir tanpa hentinya.......














Tak tahu la nape sejak akhir-akhir ni cik lara hati sangat2 rasa sedih ngan orang tersayang..Nak tahu tak kisah kami??????marila kita sama-sama merasai apa yang dirasakan cik lara hati sekarang ni..

Tuesday 19 February 2013

Welcome to My Blog....

Cik Lara Hati

Assalamualaikum semua...

Saya cik lara hati..Disini saya akan bawa anda semua menyelami hati seorang wanita secara mendalam..

Selamat Menyelami...hehehehe..

Bye..